PERATURAN PERPUSTAKAAN

 

1.      Pengguna diwajibkan memakai Kad Pelajar/ Pekerja semasa berada di dalam perpustakaan

2.      Keahlian tidak boleh ditukar milik

3.      Dilarang membawa masuk beg, bungkusan dan payung ke dalam perpustakaan. Sila simpan di rak penyimpanan yang disediakan

4.      Pengguna diwajibkan berpakaian kemas dan sopan semasa berada di dalam perpustakaan. Pelajar dimestikan mematuhi Peraturan Pakaian Pelajar yang dikuatkuasa oleh IPG semasa berada di dalam Perpustakaan.

5.      Semua bahan yang dibawa keluar dari perpustakaan mestilah ditunjukkan kepada kakitangan yang bertugas di Kaunter Perkhidmatan.

6.      Tempat duduk tidak boleh ditempah. Buku dan fail yang sudah lama ditinggalkan di atas meja boleh dipindahkan oleh kakitangan Perpustakaan untuk membolehkan pengguna lain menggunakan tempat tersebut.

7.      Pengguna mesti berkelakuan baik, sopan, dilarang tidur dan dilarang merokok, makan dan minum semasa berada di dalam perpustakaan.

8.      Dilarang berbual atau berbuat bising dan menganggu ketenteraman dalam perpustakaan. Pengguna yang berbuat demikian boleh diarahkan meninggalkan perpustakaan.

9.      Dilarang menggunakan telefon bimbit semasa berada di dalam perpustakaan.

10.  Dilarang membawa dan memindahkan bahan perpustakaan dari satu koleksi ke koleksi yang lain.

11.  Pengguna haruslah mengembalikan bahan yang telah digunakan ke rak khas atau troli yang disediakan. Jangan biarkan bahan tersebut bersepah di atas meja.

12.  Tidak dibenarkan mengoyak, memotong, menconteng dan merosakakan mana-mana bahagian mukasurat buku, majalah dan surat khabar.

13.  Dilarang mengalih perabot atau menyalahgunakannya.

14.  Dilarang membuang sampah dalam atau luar bangunan perpustakaan.

15.  Pengguna yang membuat salinan bahan perpustakaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang bersabit dan bertentangan dengan AKTA HAKCIPTA.

16.  Kehilangan Kad Perpustakaan atau bahan perpustakaan harus dilaporkan segera di kaunter Rujukan dan Informasi.

17.  Pengguna mestilah mematuhi setiap peraturan tambahan yang ditetapkan ketika menggunakan perkhidmatan / kemudahan perpustakaan seperti perkhidmatan komputer, bilik sumber media, bilik perbincangan dan sebagainya.

18.  Pengguna dilarang membawa masuk binatang peliharaan dalam perpustakaan.

19.  Pelajar yang menangguh pengajian, menarik diri, berhenti atau tamat pengajian mesti memulangkan semula semua bahan yang dipinjam.

20.  Nama pelajar tahun akhir yang tidak menjelaskan denda atau tidak memulangkan bahan yang dipinjam sebelum tamat pengajian akan dihantar ke Jabatan yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

21.  Kakitangan akademik yang bercuti belajar atau sabatikal di luar negeri mesti memulangkan semua bahan yang dipinjam.

22.  Kakitangan akademik atau bukan akademik yang tamat perkhidmatan/ kontrak, berhenti atau bersara mesti memulangkan semua bahan yang dipinjam.

23.  Kakitangan perpustakaan berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengguna yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan untuk tindakan lanjut kepada pihak yang bertanggungjawab.

24.  Keahlian pengguna boleh digantung sekiranya melanggar peraturan perpustakaan. Pihak perpustakaan berhak menambah dan meminda peraturan perpustakaan dari semasa ke semasa

25.  Pihak perpustakaan berhak menambah dan meminda peraturan perpustakaan dari semasa ke semasa.