KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Koleksi Terbuka

Koleksi terbuka merupakan bahan-bahan yang terdapat dalam perpustakaan yang boleh dipinjam.  Koleksi ini merangkumi dari pelbagai bidang ilmu pengetahuan fiksyen dan bukan fiksyen

Koleksi Buku Teks

Koleksi ini merupakan bahan-bahan yang dikategorikan sebagi buku teks dan buku penduan guru.  Koleksi ini juga boleh dibuat pinjaman oleh pengguna

Koleksi Hertfordshire

Koleksi ini merupakan koleksi khas yang dibangunkan melalui sumbangan bahan dari University of Hertfordshire yang bertujuan untuk pembelajaran dan pengajaran B.Ed Primary mathematics.  Bahan ini juga boleh diakses bagi tujuan pinjaman pengguna

Koleksi Bahan Rujukan

Merupakanbahan rujukan yang terdiri daripada ensaiklopedia, kamus, istilah, buku panduan, bibliografi, indeks, abstrak, koleksi jilidan seperti jilidan majalah dan suratkhabar serta bahan monograf yang terpilih.  Bahan dalam konteks ini diberi tanda "REF" dan hanya untuk rujukan di dalam perpustakaan sahaja

Koleksi Red Spot (Tanda Merah)

Terdiri dari bahan yang disyorkan oleh pensyarah bagi pinjaman jangka pendek. Pensyarah akan memaklumkan perpustakaan dari masa ke masa judul-judul yang perlu ditempatkan di koleksi ini bagi bidang masing-masing. Koleksi ini adalah terdiri daripada:-

·       Laporan tahunan

·       Jurnal/Serial

·       Kertas Persidangan/Seminar/Penyelidikan

·       Monograf yang terpilih

·       Kerja Kursus dan portfolio praktikum

·       Bahan yang terhad bilangannya

·       Bahan yang mahal dan sukar diperolehi

·       Sukatan Pelajaran

·       Buku yang penting dan perlu sentiasa ada dalam perpustakaan

·       Alat Bantu Mengajar

Bahan ini hanya dibenarkan untuk pinjaman selama 2 jam

Koleksi Media

Merupakan koleksi yang terdiri daripada bahan multimedia seperti CD, DVD, pita video dan kaset. Bahan ini tidak dibenarkan untuk pinjaman dan hanya untuk kegunaan di perpustakaan sahaja. Sila berurusan dengan Pegawai dan kakitangan dikaunter untuk menggunakan bahan ini.

Koleksi Kanak-kanak

Merupakan koleksi yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang berusia 12 tahun kebawah. Ia terdiri daripada bahan fiksyen dan bukan fiksyen. Koleksi ini juga boleh dipinjam oleh pengguna.

Koleksi Folio

Merupakan koleksi bahan yang mempunyai ketinggian buku melebihi 29 cm keatas. Ia terbahagi kepada 2 iaitu bahan yang mempunyai ketinggian dari 29 cm ke 35 cm dan 36 cm keatas.

 

Koleksi Perpustakaan dikelaskan mengikut Sistem Dewey Decimal Classification (DDC) yang mempunyai 10 kelas utama seperti berikut:-

Kelas Utama Perkara

000 Umum

100 Falsafah

200 Agama

300 Sains Kemasyarakatan

400 Bahasa

500 Sains Tulin

600 Teknologi

700 Kesenian

800 Kesusasteraan

900 Ilmu Alam dan Sejarah

A-Z (Buku Fisyen)

 

 

PETUNJUK KOLEKSI

KOD KOLEKSI

OS Koleksi Terbuka

RS Koleksi Red Spot

REF Koleksi Rujukan

UH Koleksi Hertfordshire

KK Koleksi Kanak-kanak

KR Koleksi Rujukan Kanak-kanak

S Koleksi Serial

TXB Koleksi Buku Teks

MED Koleksi Media

ABM Koleksi Alat Bantu Mengajar

F Koleksi Folio (29 cm- 35 cm)

FF Koleksi Folio (36 cm ke atas)