Laman Utama

 

Selamat Datang

PERPUSTAKAAN
Maktab Perguruan Kota Bharu, 16109 Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan

 

Utama:-

 

 

Pegawai dan Kakitangan Pusat Sumber

 

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

PUSAT SUMBER IPKB

Pusat Sumber Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB) merupakan sebuah gerbang ilmu dan maklumat yang kepada warga Institut Perguruan Kota Bharu. Ia memainkan peranan penting sebagai sebuah pusat pengurusan ilmu dan maklumat serta rujukan. Ia juga bertindak sebagai pusat penyediaan kemudahan dan perkhidmatan berteraskan ilmu dari pelbagai sumber untuk meningkatkan standard proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan warga IPKB.

Koleksi di Pusat Sumber telah meningkat lebih kurang 40,000 naskah dalam pelbagai bidang ilmu. Koleksi ini terdiri daripada bahan bercetak dan bukan bercetak serta elektronik. Perkembangan sumber ilmu ini mampu memenuhi keperluan pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan Institut.

Dengan keluasan yang ada iaitu lebih kurang 9200 kaki persegi, pusat sumber ini mampu menampung hampir 250 orang pengguna dalam sesuatu masa.

Sebagai gerbang ilmu dan maklumat, pusat sumber sentiasa berusaha menambahbaik kualiti perkhidmatan bagi mencapai objektif dan matlamatnya disamping mewujudkan suasana keilmuan yang sihat dan menarik untuk dimanfaatkan oleh seluruh warga IPKB khususnya dan masyarakat luar amnya.

"Rajin Membaca Pasti Berjaya"

"Bangsa Menbaca Bangsa Berjaya"

Aktiviti Institut Perguruan Kota Bharu:-

 

“PROGRAM GALAKAN MEMBACA PERINGKAT IPKB” 1. Program Mesra Pengguna

2. Pameran buku-buku Pendidikan (Terbaru)

3. Pameran Buku Persediaan Mengajar dan Portfolio Praktikum

4. Pertandingan ‘Info Hunt’.

5. Pertandingan Sahabat Ilmu - Peminjam Paling Banyak Sepanjang Bulan Julai/Ogos 2007

6. Pameran Buku oleh Pembekal di Ruang Legar Perpustakaan

7. Pertandingan Tulisan Jawi

8. Bacaan Kegemaran Saya

 

Perkhidmatan Atas Talian
Online Public Access Cataloging 
Online Journal (EBSCO HOST)
http://search.global.epnet.com.my/
My LIB
– PNM http://www.mylib.com.my/
E-LIBRARY
– PNM  http://www.elib.gov.my
Library Digital OUM http://www.oum.gov/

NSTP E-Media
http://www.emedia.com.my